Testimoni Saya (Syed Osman Syed Abdul)

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Manager kita En Shukor kerana memberi saya kesempatan untuk memberi sepatah dua kata pada kali ini.
Saya telah mula mendaftar menjadi agen pada tahun 2007 setelah mengenali En Shukor dari blognya.

Allhamdullilah pada bulan Mei 2008 ini saya telah dinaikan pangkat ke Agency Supervisor . Saya amat berterima kasih kepada upline saya En. Shukor yang telah banyak memberi bantuan dan sokongan kepada saya hingga ke tahap ini. Selain itu juga terima kasih juga saya tujukan kepada Zulkhoirie Khodir kerana dengan bantuan dia juga telah banyak membantu saya ke tahap ini.

Dengan mengikuti road show yang diadakan oleh En. Shukor saya telah berjaya memperolehi seberapa banyak client yang telah membantu meningkatkan penjualan saya. Selain itu segala bentuk latihan yang diadakan oleh pihak syarikat telah saya ikuti. Latihan ini amatlah penting terutama untuk membantu saya mengekalkan fokus saya dalam bidang ini.

Apa yang saya lihat dalam kerjaya ini ialah harus sentiasa buat dan sentiasa lakukan walaupun dapat kita berjumpa satu orang dalam satu hari. Lakukan dan sentiasa lakukan. Jangan mudah putus asa. Saya bertemu dengan saudara mara, kawan-kawan, dan sesiapa saja yg saya kenal atau tidak.

Akhir sekali saya berharap rakan rakan yang berada di sini akan sama sama berdoa agar kita sama sama berjaya dalam perniagaan ini. Saya sedang giat mengembangkan kumpulan agency saya secara merekrut.

Komentar saya (Agency Manager – A.Shukor)

Walaupun lokasi rumah En Syed Osman dengan saya dalam 90km dan mengambil masa dalam 2 jam pergi dan balik untuk ke Office Public Mutual di JB, ia tidak melemahkan semangat beliau kerana beliau sedar bahawa kejayaan bukan terletak kepada sesiapa tetapi semanangat dan kemahuan sendiri!

Resepi kejayaan beliau ialah melakukannya dengan berterusan tanpa mengenal erti kecewa! Memang dalam business ini ada “rejection” tapi ia adalah lumrah dalam apa-apa business, so beliau terus meneroka pasaran dan sentiasa melakukannya setiap hari, akhirnya beliau berjaya mendapat jualan terkumpul RM500,000 walaupun pada awalnya ia nampak besar, tapi ia boleh di capai asalkan kita bersungguh dan yakin dengan apa yg ada cuba lakukan

Akhir sekali tahniah saya ucapkan kepada Syed Osman kerana berjaya menjadi Agency Supervisor dan sudah mula membentuk groupnya sendiri melalui rekruting!..Teruskan usaha anda, anda boleh lakukannya!

Kepada sesiapa yg berminat untuk menyertai kerjaya ini bolehlah menghubungi saya. Pertanyaan anda akan dilayan dalam masa 24jam.

Sesiapa yang berminat sila email/sms/call saya:

* Tel : 016-7128898
* Email : a.shukor@yahoo.com.au , a.shukor@islamicinvestment2u.com
* Borang contact online. Klik disini (Email anda akan di “reply” dalam masa 24jam)

A.Shukor Hashim
Agency Manager