Semenjak di bangku sekolah menengah lagi saya sudah menanam cita-cita untuk menjadi seorang engineer. Tanggapan saya ketika itu, kerjaya inilah yang akan memberikan saya kesenangan dan kemewahan hidup…malah tidak pernah terdetik pun di benak saya untuk menceburi bidang perniagaan.
Saya tetap meneruskan impian saya untuk menjadi seorang engineer walaupun begitu banyak ranjau saya tempuhi ketika melanjutkan pelajaran ke universiti. Jika dikenangkan kembali, selama 13 tahun saya berusaha menamatkan pelajaran saya akhirnya tercapai dengan mendapat degree dalam Chemical Egineering.
Kegembiraan menapakkan kaki ke alam industri sebagai seorang jurutera tidak seindah perjalanan hidup pekerjaan 6 bulan berikutnya. Keceriaan saya semakin hari semakin pudar…saya tak sanggup lagi dipasung dengan masa bekerja yang dikawal oleh mesin punch (thumb print); terasa seperti hamster adik saya yang sedang berlari dalam roda pusingan…laju ke slow ke dia tetap lari dalam roda tu jugak.
Kalau ikutkan si hamster tuh mesti dia ingat dia dah lari sampai Beijing tapi sebenanya dia STATIK! Pernah satu ketika tuh saya hampir accident sebab nak mengejarkan punchcard tuh…pagi-pagi buta pulak tuh…6.30 pg…lalu terdetik di hati “Aku tidak lagi boleh begini…teringat terus lagu Silaturrahim BPR..SAMPAI BILA..3X? BEGINIII….”.
Saya mula berminat untuk menceburi bidang Unit Amanah setelah melihatkan kehidupan En. Shukor yang ketika itu menjadi Perunding Unit Amanah dan menguruskan pelaburan orang rumah saya. Setelah mendaftarkan diri untuk menjadi agen, setiap waktu terluang saya berjumpa dengan beliau dan mempelajari selok-belok perniagaan Unit amanah ini. Setiap nasihat dan tunjuk ajar beliau saya catit dalam buku nota sehinggalah saya mengambil keputusan untuk FOKUS dalam bidang ini kerana bilangan pelabur yg kian bertambah dari hari ke hari.
Dalam kerjaya yang professional ini barulah saya dapat merasa impian saya yang tidak mungkin akan dikecapi jika masih makan gaji iaitu TIME FREEDOM dan FINANCIALLY FREEDOM. Terima kasih diucapkan kepada En Shukor di atas segala ilmu dan peluang kerjaya yang beliau offer pada saya…hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa beliau selama ini.
Perancangan Kerjaya
Selama 7 bulan saya melakukan biz ini…ternyata usaha dan komitmen saya telah berhasil di mana saya telah Berjaya menjadi Agensi Supervisor pada bulan Februari 2008 dan kini telah pun mempunyai 10 orang anak didik saya di serata Malaysia. Insyaallah, saya akan maju terus ke hadapan untuk menjadi seorang Agensi Manager pada 2009 seterusnya mencapai peringkat tertinggi Group Agensi Manager pada 2011. Saya akan tersenyum sendiri memikirkan bagaimanakah kedudukan dan kehidupan saya sekarang jika masih bekerja di kilang…mungkin masa untuk bermesra dengan anak pun terpaksa apply cuti.
Pedoman untuk anda di luar sana
Renungkanlah kehidupan dan kedudukan anda sekarang…adakah berbaloi usaha anda selama ini? Berapa lama telah anda korbankan waktu bersama isteri dan anak-anak? Kenapa setelah 10, 20 malah 30 thn bekerja masih lagi berada dlm “Roda Pusingan” yg statik?
Seperti peribahasa Cina ‘Bulan belum habis tapi bulan-bulan sudah habis!’. Sanggupkah anda merubah kehidupan anda jika inilah jalan kehidupan sebenar yg selama ini anda idamkan? Alhamdulilah…saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah dipertemukan jalan kehidupan sebenar di seawal waktu umur saya…namun bagi anda juga belum terlambat kerana anda telah dipertemukan dengan kami yang sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda dalam industri Unt Amanah ini!!
Sesiapa yang berminat sila email/sms/call saya:
* Tel : 016-7128898
* Email : a.shukor@yahoo.com.au , a.shukor@islamicinvestment2u .com
* Borang contact online. Klik disini (Email anda akan di “reply” dalam masa 24jam)
A.Shukor Hashim
AM
Disclaimer
Maklumat di atas tiada kaitan dengan mana-mana pihak atau syarikat berkaitan sama sekali, ia hanyalah pandangan penulis sahaja dan bukanlah maklumat yg disahkan oleh mana-mana pihak/syarikat berkaitan, sila dapatkan maklumat lanjut dari penulis secara terus atau dari pihak/syarikat yang berkaitan untuk mengelakkan kekeliruan.















No comments yet.