Soalan Pertama :
Assalamualaikum Ustaz,
Saya adalah consultant unit trust untuk Public Mutual. Secara peribadi saya merasa sedikit keliru dengan kerjaya ini apabila saya cuba bandingkan dengan MLM. Bagi saya memang ada persamaan dengan MLM kerana ada sale bermakna adalah komisyen.Dan juga saya hanya menjual Islamic Trust. Apa pendapat ustaz dari boleh atau tidak saya teruskan profession sambilan ini?
Sekian,terima kasih.
- Abd Razak -
Soalan Kedua :
Salam ustaz…
Sebelum saya mengajukan kemusykilan, saya ingin mengucapkan berbanyak
terima kasih kepada ustaz atas usaha ustaz ‘menjernihkan’ kekusutan
mengenai permasalan muslimin dan muslimat di komuniti yahoogroups
ini.
Soalan 1
Apakah hukum keuntugan yang hanya diperolehi daripada menyertai
produk-produk yang berlandaskan shariah seperti Public Islamic Equity
Fund.
Soalan 2
Apakah hukum pendapatan yang hanya diperolehi daripada hasil menjual
produk-produk yang berlandaskan shariah seperti Public Islamic Equity
Fund dll memandangkan Public Mutual juga menawarkan produk2 yang
tidak berlandaskan shariah…
‘betulkan saya jika salah’
sekian. wassalam.
Aminuddin
JAWAPAN
wa’alaikumussalam,
Hukum Public Mutual (Ittikal) & Agennya
Pertamanya, tahniah atas rasa keperihatinan anda berdua dengan harta yang halal dan sistem perniagaan secara Islam yang tulen, ia sebenarnya satu tanda iman yang baik dalam diri. Ameen.
Berkenaan Public Mutual Ittikal dan Public Islamic Equity Fund. Ia telah diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti sebagai sebuah instrument pelaburan Islam manakala Majlis Penasihat Shariah khas baginya adalah Islamic Banking and Finance Institute Malaysia ( IBFIM ) sila buka webnya di www.ibfim.com
Bagaimanapun, setelah saya berbincang dengan ‘person in charge’ di IBFIM, pihak mereka menjelaskan bahawa mereka hanya memantau dan menyemak portfolio, kaedah pelaburan yang di buat, di kaunter mana di letakkan, cara kiraan dan yang berkaitan dengannya dana dan pelaburan itu sahaja.
Adapun cara pemasaran menggunakan kaedah persis MLM dan komisyen ini tidaklah di semak oleh mereka.
Saya pula belum mengkaji secara detail cara komsiyen dan pemasaran yang dibuat oleh Public Mutual Ittikal ini mahupun Takaful Ikhlas dan lain sepertinya. Justeru bagi sesiapa yang terlibat dengan semua jenis ini, apa yang mampu saya sarankan adalah; Bawa isu ini kepada pihak pengurusan Public Mutual dan desak mereka untuk ‘table’ kan sistem pemasaran itu kepada Shariah Adviser masing-masing..
Itu lah yang perlu dibuat. Benar, tiada ertinya benda yang halal, jika dijual dengan cara yang tidak menepati Shariah. Hasilnya akan pasti sama iaitu HARAM. Saya TIDAK mengatakan sistem marketing Public Ittikal ataupun Takaful Ikhlas Haram, cuma saya sarankan individu terlibat bawa ke Shariah (jika belum di bawa).
Dalam pada masa itu, saya juga tiada idea buat masa ini samada ingin menasihatkan anda agar berhenti atau meneruskan. Wallahu ‘alam.
Sekian,
Ust Zaharuddin Ab Rahman
Sumber : Zaharuddin.net
Nota : Jika terdapat sebarang kemusykilan sila bertanya kepada Ust Zaharudin di zaharuddin.net















berapa cas yang dikenakan untuk penjualan unit trus dalam public mutual? dan berapa cas yang di kenakan per year untuk pembelian dan penjualan nya???
soalan anda akan saya jawap melalui email anda. persoalan mengenai dana adalah sangat sensitif dan memerlukan kelulusan pihak SC. Ia tidak boleh di iklankan sewenang-wenangnya.
saya akan email dan hubungi anda secara ringkas mengeninya
Sekian terima kasih
saya teringin nk jadi unit trust consultan disebabkn saya sampai skrg xde kerja..saya sudah menamatkan ijazah saya bulan november 2007..dari yang saya faham dia xde gaji pokok tp berlandaskan komisyen..klau xde orang labur bulan tu maknanye saya xde gaji ke bulan tu? berapa persen saya dapat klau sorang masuk? emailkan pada saya jawapannye..plz..sbb saya nk wat pilihan hidup ni berbaloi x jd unit trust consultan..
sy ingin bertanya dan inginkan jawapan yang jitu mengenai kerjaya sebagai unit trust consultant.sebagai insan yang jahil tentang ilmu kewangan ini,sy ingin mengetahui dengan lanjut bagaimana profession sebagai perunding unit amanah boleh membawa keuntungan besar dan apakah jenis peimilihan unit amanah yg perlu sy ambil sebagai permulaan dan apakah syarat2 untuk menjadi perunding unit amanah? sekian wassalam