Oleh SITI ZALEHA JORIMAI
Utusan Malaysia
DALAM rekod penilaian bekas majikannya pernah menilai dia sebagai seorang pekerja yang baik dan cekap, tetapi lokek senyum dan berat mulut untuk bercakap.
Namun, siapa sangka wanita yang dulunya cukup pendiam dan lebih suka menyendiri, kini berubah serta boleh meraih pendapatan hingga puluhan ribu melalui kerjaya yang memerlukan dia banyak bercakap dan bertemu orang.
Saidatul Norhiyah Abdol, 33, sendiri sukar mempercayai dirinya mampu mencapai sehingga ke tahap sekarang. Apatah lagi apabila mengenang baru empat atau tiga tahun lepas dia sekadar seorang kerani biasa yang gaji setiap hujung bulan cukup-cukup untuk belanja sendiri dan sedikit dititip ke kampung.
“Bukan tidak bersyukur, tapi selepas sembilan tahun makan gaji saya tidak nampak apa-apa yang berubah dalam hidup saya.
“Bahkan, impian untuk memberi kesenangan kepada ibu bapa di kampung yang tertanam sejak sekolah lagi semakin kabur.
“Setiap kali balik kampung saya lihat garisan kedut pada wajah orang tua saya bertambah. Melihat itu saja saya jadi panik, takut tak sempat menunaikan hajat untuk sekurang-kurangnya menghantar mereka ke Mekah,” kata wanita berasal dari Behrang, Perak ini.
Sementelah sudah membuka kisah silam, Saidatul tidak malu mengaku dia lahir dan dibesarkan dalam keluarga yang susah.
Bapanya hanya berkerja kampung yang pendapatan tidak sampai pun RM300 sebulan bagi menanggung sembilan anak.
“Bayangkan seterika pun kami tak mampu beli sedangkan waktu itu (sekitar tahun 1980-an) orang lain sudah ada macam-macam alat elektrik.
“Setiap malam kami adik beradik akan letak baju bawah tilam supaya baju nampak licin bila ke sekolah,” katanya sayu.
Sebagai anak kedua, Saidatul sanggup melupakan impian menjejak kaki ke universiti bagi memberi peluang saudara sulongnya meneruskan pengajian.
Sebaliknya, dia memberanikan diri memperjudi nasib di kota bagi mencari pekerjaan yang sepadan dengan kelulusan.
Sekadar berbekalkan Sijil Pelajaran Malaysia, dia hanya mampu meraih jawatan kerani di sebuah syarikat insurans dengan gaji yang sebahagiannya dihantar ke kampung.
“Bagaimanapun, bekerja tidak menumpulkan minat saya untuk belajar. Secara sambilan, saya masuk kelas dan mengambil macam-macam jenis peperiksaan berkaitan bidang insurans dan kewangan.
“Saya fikir dengan cara itu saja saya dapat sekurang-kurangnya menambah angka pada slip gaji,” katanya.
Sembilan tahun berusaha, empat kali bertukar majikan, namun perubahan yang berlaku tidak seperti yang diharapkan.
Saban hari jiwanya meronta untuk berbuat sesuatu yang dapat mengubah kehidupannya sekali gus nasib ibu bapa di kampung.
Bagaikan diatur-atur, Saidatul berkenalan dengan Azizah Saad, salah seorang perunding unit amanah paling berjaya dan telah sampai ke tahap Pengurus Agensi Kumpulan di Public Mutual, yang kemudian mengajaknya untuk sama-sama menerokai bidang tersebut.
“Mulanya saya buat secara sambilan, tapi kemudian saya fikir setakat sebelah kaki tidak akan bawa saya ke mana. Saya nekad berhenti kerja untuk menyertai unit amanah secara serius,” katanya.
Kebetulan waktu itu, perkahwinan yang dibina seawal usianya 22 tahun menemui titik noktah dengan dikurnia seorang anak perempuan yang kini berusia lapan tahun.
Kegagalan rumah tangga juga ibarat wake up call yang mengembalikan ingatannya pada janji yang pernah dibuat sewaktu mula berkerja dulu.
“Saya pernah bertekad pada diri sendiri untuk menyenangkan orang tua saya. Tetapi jodoh sampai lebih awal membuatkan sedikit sebanyak fokus saya beralih arah.
“Mungkin ini hikmah di sebalik kegagalan tersebut. Kalau pun tidak kerana janji itu, saya ada anak yang perlu diambil kira. Semua itu menjadi penyuntik semangat untuk saya bangun dan berusaha demi kelangsungan hidup kami dua beranak,” katanya.
Begitu pun, kerjaya baru yang dipilih tidak semudah diduga, malah enam bulan pertama bersama unit amanah tempoh yang cukup mencabar bagi Saidatul. Bermula dengan kosong, dia banyak bergantung pada ‘mentornya’ dengan mengikut apa saja yang mereka buat.
“Ibaratnya macam anak ayam mengikut ke mana saja ibunya bawa.Tapi saya tak kisah sebab masa itu memang masih mentah dan banyak perkara yang perlu dipelajari,” katanya.
Biarpun dalam keadaan masih ‘bertatih’, selepas enam bulan pertama itu, Saidatul mampu membuat jualan sebanyak RM850,000 dengan pendapatan purata hampir mencecah lima angka sebulan.
Lebih bermakna genap setahun bergelar perunding unit amanah, dia berjaya memenuhi impian menghantar orang tuanya ke Mekah menunaikan rukun Islam kelima.
“Sebagai anak, saya rasa itulah detik paling bermakna dan saya bersyukur kerana dapat menghantar mereka ke Tanah Suci dalam keadaan mereka masih sihat dan kuat,” katanya.
Mencecah jutaan
Kini, biarpun baru dua tahun menjadi perunding unit amanah sepenuh masa, jualannya sudah mencecah jutaan ringgit dan beberapa kali memenangi cabaran yang diberikan oleh syarikat.
Bagi Saidatul segala-galanya berkat kesungguhan mengikut latihan serta tunjuk ajar daripada para senior yang tidak jemu-jemu membimbingnya.
Justeru, perkara yang sama dilakukan terhadap ejen-ejen baru yang dibimbingnya sekarang agar mereka dapat mengecapi kejayaan sebagaimana yang beliau nikmati.
“Kerjaya ini amat bergantung dengan kerja berpasukan, selain kesediaan untuk belajar dan terus belajar,” katanya yang tampil elegan dengan jaket pendek dan seluar panjang.
Dia yang kini mencapai tahap pengurus agensi telah merekrut lebih 20 ejen yang masing-masing sedang aktif mengorak langkah.
Berkongsi petua kejayaan, kata Saidatul, selain mahir dengan ‘produk’ yang mahu dijual, semangat dan tekad perlu kuat serta tahan menghadapi kegagalan.
Katanya, tidak semua pelanggan yang ditemui akan menerima produk yang dicadangkan, malah daripada 10 mungkin hanya dua atau tiga yang menerima.
“Waktu itu kita perlu bersedia menerima penolakan, jangan cepat mengaku kalah. Saya sendiri, sudah tidak terbilang berapa kali menangis dalam kereta lebih-lebih lagi apabila bertemu dengan pelanggan yang ‘lepas cakap’.
“Tetapi saya akan pastikan rasa kecewa atau sedih itu habis di dalam kereta dan tidak terbawa-bawa hingga menjejaskan kerja seterusnya.
“Apa yang selalu saya ingat, niat saya memberi produk yang terbaik, kalau pelanggan tak mahu itu hak mereka,” katanya yang turut mencabar golongan muda lebih-lebih yang menganggur untuk menyertai bidang tersebut sebagai permulaan mengubah hidup kepada yang lebih baik.
Apakah sebenarnya unit amanah?
* Skim pelaburan kolektif yang diurus secara profesional dengan mengumpulkan wang seorang individu dan ribuan pelabur lain.
* Pengurus pelaburan yang pakar akan melaburkan wang tersebut bagi pihak pelanggan untuk mencapai sasaran yang ditetapkan mengikut matlamat pelaburan dana tersebut
* Perunding unit amanah (UTC) membantu pelabur merancang simpanan dalam tempoh sederhana (tiga tahun) dan jangka panjang (lebih lima tahun).
* Pelan perancangan simpanan mesti bersesuaian dengan individu tersebut.
* Pelaburan dalam unit amanah ada turun naik mengikut harga pasaran, tetapi risikonya rendah dan boleh mengendalikan risikonya dengan baik
* UTC yang komited dan terlatih akan membantu pelanggan mencapai matlamat pelaburan tersebut.
Berminat Untuk Menjadi Agen?
Sila hubungi atau sms saya seperti maklumat di bawah :
* Tel : 016-7128898
* Email : a.shukor@yahoo.com.au , a.shukor@islamicinvestment2u.com
* Borang contact online. Klik disini (Anda akan dihubungi dalam masa 24jam)
A.Shukor Hashim
Unit Trust Consultant
Public Mutual Bhd












Sila berikan kaeterangan lebeh lanjut tentang pelaburan ini kapada saya. saya baerminat untuk menyertaai nya.
Terima kasih.
Hj Alias
assalamualaikum
saya berminat utk melabur dan nak cari ejen. boleh bg cadangan?
saya seorang yg tak pandai dlm kira-kira, tp suka bercakap,bertemu dgn orang dan berani,(pernah bekerja sebagai peg pemasaran) selain itu sya mempunyai cita-cita yg tinggi untuk berjaya..adakah saya mempunyai ciri-ciri seorang perunding unit amanah yg berjaya.saya sgt buntu kerana smpai skrang sya masih belum achive apa-apa lagi dlm hidup..sbgi seorang wanita yg telah berkahwin,pendapatn sendiri tanpa terlalu bergantung pada suami adalah penting demi masa depan..ibarat “sediakan payung sebelum hujan”.bolehkah encik terangkan dgn lebih lanjut untuk menjadi egen, untuk maklumat encik sya berada di alor star dan surirumah sepenuh masa.
salam kpd cik Wati
ciri2 yg cik ada spt suka jumpa org dan bercakap adalah ciri utama yg membolehkan cik wati berjaya dalam bisness ni. pengetahuan kira2 bukanlah perkara pokok utk berjaya, bisness ni tidak sesukar seperti yg cik.wati fikirkan. saya boleh katakan ia 7 kali lebih mudah berbanding bisness MLM dan insuran!…maknanya jika cik ada asas dalam markerting ia sudah boleh dijadikan asas utk pergi jauh dalam bidang ini, latihan akan diberikan oleh company dan saya.
saya ada email secara detail kepada cik.wati
sila baca dan reply utk maklumat lanjut.
Sesiapa yang berminat sila email/sms/call saya:
* Tel : 016-7128898
* Email : a.shukor@yahoo.com.au , a.shukor@islamicinvestment2u .com
* Borang contact online. Klik disini (Email anda akan di “reply” dalam masa 24jam)
A.Shukor Hashim
AM
Disclaimer
Maklumat di atas tiada kaitan dengan mana-mana pihak atau syarikat berkaitan sama sekali, ia hanyalah pandangan penulis sahaja dan bukanlah maklumat yg disahkan oleh mana-mana pihak/syarikat berkaitan, sila dapatkan maklumat lanjut dari penulis secara terus atau dari pihak/syarikat yang berkaitan untuk mengelakkan kekeliruan.
Salam,
Saya berminat utk menyertai team saudara sebagai UTC..Sila emailkan butiran lanjut kpd saya. Saya tinggal di rawang selangor
salam
saya sudah emailkan detail mengenai kerjaya ini kepada email saudari. sila baca dan reply.tq
a.shukor
a.shukor@yahoo.com.au
016-7128898
boleh terangkan perbezaan antara public mutual unit trust & amanah raya unit trust?
salam
perbezaan dari segi undang2 adalah sama sbb kedua syarikat tertakluk kepada akta security yang sama. dari segi pengalaman, amanah raya adalah vateren dalan soal2 pengurusan harta/amanah, manakala pub.mutual adalah vateran n No 1 dalam unit amanah. satu lagi perbezaan yang besar ialah pub.mutual mempunyai agency force manakala amanah raya tiada agency force (direct by tru counter)..
pilihan dana dan track record sudah tentu pub.mutual jauh lebih memberangsangkan
Sesiapa yang berminat utk jadi Perunding Unit Amanah atau melabur sila email/sms/call saya:
* Tel : 016-7128898
* Email : a.shukor@yahoo.com.au , a.shukor.utrust@gmail.com
* Borang contact online. Klik disini (Email anda akan di “reply” dalam masa 24jam)
A.Shukor Hashim
Agency Manager
saya xde idea lnsg pasal pelaburan unit trust public mutual & bole bagi 1 contoh cara melabur yang mudah difahami..tq
salam
contoh yg mudah difahami dalam pelaburan
1. buy low and sell high
2. when u buy…u are collecting units of share
3. keep and hold ur unit for few yrs until the unit price upward.
4. u earn dividend every financial end
Sesiapa yang berminat utk jadi Perunding Unit Amanah atau melabur sila email/sms/call saya:
* Tel : 016-7128898
* Email : a.shukor@yahoo.com.au , a.shukor.utrust@gmail.com
* Borang contact online. Klik disini (Email anda akan di “reply” dalam masa 24jam)
A.Shukor Hashim
Agency Manager
salam
boleh bg mklumat lanjut
bleh puan wati berikan tip- tip yang berkesan untuk mengendalikan bantahan…..
salam tip2 utk atasi penolakan/rejection..
pertama sekali anda kena tahu…dalam 10 appointment dari prospek “sejuk” yang anda jumpa ;
5 orang reject (tak nak jumpa langsung)
5 orang dengar2 dari anda
2 orang kata i berminat
1 orang i nak beli dan closed sales
prospek sejuk = prospek yg anda tidak kenal dan anda cuba approach !
kalau anda cuba approach prospek “warm”..dari 5 appointment saya boleh kata ;
5 dengar u cerita
3 reject
2 ok i will
1 closed sales
oleh yang demikian bear in mind bahawa rejection mmg akan berlaku tak kira siapa anda, sekalipun anda dah ada pengalaman 10 yrs pun anda akan terima rejection; oleh yg demikian rejection adalah norma2 dalam business markerting.
tapi cara terbaik nak elakkan rejection
1. kenal pasti prospek sebelum jumpa (dari segi umur, pekerjaan, kewangan)
2. semasa proses presentasi, banyak berborak mengenai diri prospek (bukan banyak cerita kenangan silam u)..dari pada sini u boleh create sense of relationship
3. INGAT lagi kuat u create sense of relationship lagi “tak tergamak prospek nak reject u”..
4. understand apa sebenarnay prospek need in term of financial goal.
5. finally, just go ahead and sila cuba pada next prospek.
@ nota : pastikan anda “sharp” dengan produk knowledge
Sesiapa yang berminat utk jadi Perunding Unit Amanah atau melabur sila email/sms/call saya:
* Tel : 016-7128898
* Email : a.shukor@yahoo.com.au , a.shukor.utrust@gmail.com
* Borang contact online. Klik disini (Email anda akan di “reply” dalam masa 24jam)
A.Shukor Hashim
Agency Manager
saya sudah melabur,dgn rm2170,dan unit 9069.25. kalau saya jual pada harga 0.2480,berapa keuntungan dapat. boleh bagi tahu cara pengiraan .
terima kasih dgn jawapan tu.
i baru je lulus exam, sekarang ni nak buat jualan pulak. macam mana nak pujuk orang untuk tertarik dgn unit amanah tu.
i berada di kemaman, dan bagi sesiapa nak join unit amanah ni boleh call saya
Mudah sahaja. anda perlu darabkan sahaja jumlah unit terkumpul (9069.35 X 0.2480 (NAV)= RM XXX
NAV ialah Net Asset Value atau merujuk kepada harga semasa!…jika anda jual pada hari tertentu ia merujuk kepada harga semasa yg pada hari tersebut tq
Sesiapa yang berminat sila email/sms/call saya:
* Tel : 016-7128898
* Email : a.shukor@yahoo.com.au , a.shukor@islamicinvestment2u.com
* Borang contact online. Klik disini (Email anda akan di “reply” dalam masa 24jam)
A.Shukor Hashim
Agency Manager
saya adalah slh seorg ejen unit trust public mutual,saya berada dijb….my upline dimuar,dah sebulan saya dijb kerana dapat pekerjaan disini,mslhnye saya xdapat sale…ada sape2 bleh bimbing saya disini….
salam hormat..
sebenarnya jarak dan lokasi anda dengan upline bukan faktor kejayaan mutlak dalam bisness ni. kejayaan anda dlm bisnes ni bukan terletak di atas bahu upline anda tapi terletak di atas kemahuan anda sendiri, walaupun saya tidak nafikan bahawa upline boleh berkongsi pengalaman secara terus kepada anda. dalam kebanyakkan kes saya saya lihat dari agant2 saya, saya dapati ada yg duduk paling dekat dengan saya tapi langsung gagal buat sales, malahan ada yg jauh dari saya tapi boleh buat sales dengan baik dan berjay abuat rekrument.
oleh itu upline dan anda hanyalah satu sedikit kelebihan sahaja, tapi bukan tiket utk anda berjaya. so saya cadangkan anda hadiri training yg di adakan di pub.mutual jb dan anda boleh belajar secara berterusan.
Sesiapa yang berminat utk jadi Perunding Unit Amanah atau melabur sila email/sms/call saya:
* Tel : 016-7128898
* Email : a.shukor@yahoo.com.au
* Borang contact online. Klik disini (Email anda akan di “reply” dalam masa 24jam)
A.Shukor Hashim
Agency Manager
saya baru menjadi UTC 2 bulan setelah melihat peluang yang menarik.Malannya saya mendapat info kurang tepat dari upline saya tentang komisen yang bakal saya terima sebagai UTC ini.Bolehkah sesiapa membantu saya untuk penjelasan yang lebih jelas tentang komisen UTC? saya difahamkan terdapat perbezaaan bagi komisen pelabur yang melabur EPF dan tunai.dan penambahan dividen pada satu-satu tahun berakhir pelabur juga akan menjadi pengiraan komisen kita.TQ
nak tahu
Saya seorg yang x pandai pasal bisnes tp minat dlm bidang kewangan. saya berminat untuk tahu tentang unit trust ni.saya ingin menambah pendapatan dan mengubah hidup saya supaya bebas dari masalah kewangan.boleh emailkan saya tentang unit trust dan bagaimana nak berjaya sebagai ejen?
TQ…
saya anis dari muar ,saya berminat sangat dengan kerjaya sebagai perunding amanah nie.saya duduk kat area muar,johor.bagaimana caranya nk menjadi seorang perunding amanah nie?exam dia susah tak nak jawab?
encik, boleh x emailkan saya butiran-butiran tentang perunding unit amanah. di mana saya nak jumpa atau pergi untuk menanyakan lagi tentang perunding unit amanah ni? ke mana public bank ke atau ke public mutual? saya duduk cheras dekat taman connouct.
Saya ada minat nak menceburi kerjaya ni…Hari2 saya berdoa agar Allah berikan saya rezeki agar dpt membayar kad credit yang banyak sgt…En. Shukor boleh explain cara nak join..kalau boleh part time sbb skrg saya bekerja sbg Asst. Accountant dan memiliki Diploma in Banking dr ITM thn 1992..