Ada ejen MNI berkata oleh sebab pengurusan MNI sama shj dgn Takaful Nasional, maka tak ada beza la insurans MNI dengan takaful? Adakah ini benar atau hanya taktik memancing pelanggan?

Jawapan:

Mana boleh sama, MNI.. insuran konvensional yang diharamkan cara operasinya oleh Majlis Ulama Fiqh Sedunia dan Majlis Fatwa Kebangsaan. Ini kerana mereka menggunakan aqad Mu’awadat Maliah serta tidak memenuhi syarat yang ditetapkan dalam Islam. Menyebabkan berlakunya Gharar dan Riba.

Takaful Nasional adalah Insuran Islam berasas konsep Wakalah dan Mudarabah, yang ada majlis penasihat Shariahnya sendiri.  Ia telah disemak oleh Majlis ini dan di cop halal untuk dunia dan mereka tanggung di akhirat. Adapun MNI tiada siapa tanggung di akhirat..anda tanggung sendiri jika masuk.

Malah Semua syarikat takaful juga akan di audit oleh Shariah auditor utk memastikan ia betul dan semua produknya juga di bentang di Majlis Shariah Bank Negara Malaysia..yang dipengerusikan oleh Dr Mohd Daud Bakar dan ahlinya seramai 15 orang

sekian

uzar
www.zaharuddin.net

Sumber : YG Ust Zaharuddin