Kebelakangan ini ramai umat islam telah terjebak dengan pelaburan haram melalui internet yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Hampir semua pelaburnya berhasrat akan menjadi lebih cepat kaya dengan melabur dalam pelaburan maut ini dan kebanyakan mereka tidak sedar program scam ini yang pastinya akan runtuh satu masa nanti bila operator pelaburannya sudah mencapai target, menutup laman web dan lari dengan labu-labunya dana-dananya. Masa tu tak gunalah walau menangis air mata darah sekalipun.
Tapi ada juga yang berkata, “A-hah, aku join awal, mesti untung punya. Lepas dapat untung nanti aku cabutlah”. Huh pasti ke anda akan berhenti bila sampai waktunya. Tentu syaitan akan membisikkan ke telinga anda, ” Kalau hari tu kau boleh untung satu ribu, kenapa tak nak ambil untung lebih sikit sebelum angkat kaki, sure boleh dapat sepuluh kali ganda punya”. ” Ya tak ya jugak, rugi kalau tak ambil kesempatan ni ” kata hati kecil anda dan proses ini akan berterusan berulang kali sehinggalah anda berputih mata satu hari nanti.
Kalau ini juga anda tak peduli, jika anda seorang islam biarlah saya beritahu kebanyakan program pelaburan maut ni haram disisi agama. Dan renungkanlah kembali jika wang yang anda perolehi itu digunakan untuk menyara keluarga dan membina rumah, saya tak pelik jika keluarga anda jadi porak poranda gara-gara makan duit haram ni.
“Tapi aku banyak duit, nak bisnes tak reti, melabur boleh gandakan wang aku” balas anda. Atas kesedaran inilah dan kurangnya maklumat dalam Bahasa Melayu tentang pelaburan yang halal dan menenepati kehendak syariah maka blog ini diwujudkan. Kami akan cuba membantu anda untuk mengenal pasti pelaburan-pelaburan yang bersih dan suci agar dapat membantu menggandakan kekayaan anda tanpa perlu terlibat dengan unsur-unsur yang dilarang agama islam. Mudah-mudahan. Insyaallah.












Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi, ada juga insan yang berhati mulia cuba meneroka alam baru dalam pelaburan yang boleh dianggap sebagai mengikut syariah Islam…mudah-mudahan usaha murni ini diberkati dan terus menempah kejayaan di persada IT yang serba mencabar dewasa ini…
Di zaman yang serba maju ini kita tidak nafikan ada insan yang cuba meraih seberapa banyak harta duniawi tanpa menitikberatkan haram atau halal sesuatu rezeki itu…yang penting pada mereka ialah kejayaan, keghairahan dan seterusnya kepuasan atas rezeki yang diperolehi…
A’uzubillahiminzaliq…mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam kelompok insan seperti ini…
Tahniah dan syabas! saya ucapkan kepada en. sukeri yang telah cuba meneroka satu lagi cabang perniagaan internet dalam bentuk pelaburan islam untuk dikongsikan bersama kita semua….
Asalkan tak lupa pada kita semua sudahlah ye en. sukeri…he.he..
Semoga Berjaya!
wow !! baru punya ni..
asalamualaikum..
untuk pengetahuan semua semua pelaburan2 100 hari(dapat duit hari2), swisscash, dan kebanyakkannya yg menggunakan saluran internet adlah “pakman2 telo yg menggunakan” INTERNET sebagai modus operandinya. Hampir 98% darpdnya tidak membuat pelaburan di mana2. Sudah tentu anda bertanya memanglah high risk.. high risk high return.. namun jiklau tiada membuat pelaburan macam mana nak bayar..
Aneh dimalaysia terdapat 200jenis pelaburan internet yg dapat bertahan sampai 3-7 bulan… Yang menyedihkan PASARAN TERBESAR ADLH ORANG MELAYU..
Apabila kadar kemasukan melebihi kadar pengeluaran maka jangka hayat investmt itu akan bertahan lama. contohnya tempoh matang investment itu 170 hari.. kadar kemasukan pada minggu pertama adlah USD 10000.. minggu kedua USD60000, dan seterusnya..(semakin hari semakin ramai org masuk)… dan kadar pengeluaran wang jauh berkurangan daripada kadar kemasukan disebabkan re-invest(pelaburan semula) dan plbagai faktor lain. contoh nya yg dapat bertahan lama eaindex, abfunddll
Dan anehnya pelburan yg dikatakan berasal daripada luar negara itu sebenarnya dimiliki oleh orang melayu:
eaindex, split index, mutual:syafiq(melayu) dan mohan(bekas peguam..india)
winli:raznee(melayu)
jinli:cikgu din(melayu)
al-arabic.com dan bhg(konon2nya disyorkan oleh waren buffey):
datuk johari siam(melayu)
swisscash:albert(cina malaysia)
abbfund:nazim(melayu)
tp yg aku pelik tok2 imam, ustazah2 pon main.. contohnya bekas mufti ###### pon ada promote aku.. dia kata kalau benda ni belum ada dalam fatwa-mufti lagi.. ni yg aku dok keliru ni…
takkan ustaz, ustazah, imam dan orang ramai(segelintir sahaja dan golongan kecil) nk tunggu mufti bersidang baru nak berhenti… depa sepatutnya nasihat org ramai.. bukannya promote…
aku cakap ni berlandaskan apa yg aku lalui.. bulan lepas tauke alarabic, ustaz ####### jumpa aku suruh aku buat al-arabic.. sama juga bekas mufti ###### pun ada promote aku.. aku tengok diorang cakap hal2 agama, sembhyang pun tk tinggal tp bab duit ni jadi lain plak..
Terima kasih kepada mufti perak, perlis, terengganu dan ustaz zaharuddin kerna memberi pendapat yg bernas.. Anda lah ustaz2 akhirat bukannya dunia.. Masyarakat kita amatmemerlukan org2 agama seperti ini.. bukannya ustaz2 dn imam2 duit dan pangkat yg takut mengeluarkan pendapat disebabkan takut pd orang ‘atas’..
Tahniah dan terima kasih kerana prihatin kepada kehendak umum orang islam dalam mencari tapak untuk melabur secara kecil kecilan dan meluas. Tetapi masalahnya knapakan tidak disebarkan dengan meluasnya skim skim pelaburan secara syariah untuk pengetahuan umum.
I really hope that somebody in the islamic community/ economic experts will do something similar to that of eaindex to facilitate the needs of muslims to further strengthens their economic standing. I only hope that they wont just keep telling us that it is haram but without giving us any alternatives. I feel this eaindex is a short term investment to facilitate short term loans eg for warehouse clearing. I am now joining this type of internet investment with the full confidence that the return is not riba but more of “return of investment with profits”.
They are giving us low profit way below their expected returns. I have come across a friend of mine who needs short term loan ( loan for only less than 7 days ) to clear his purchase some units of computer which he has to supply to goverment offices. Because there was no short term loan available so he borrowed from friends which in return he paid back their money with profits given. So from this experience i expect that investment that i am joining is actually helping those in need of capital.
To my understanding all this while investment can only be done through share brokers but now with the facility ICT available just anyone can invest in whatever company that offer the best returns without jeopardising anybody in the event of getting back my capital plus the profit earn. For this reason i have clear consent that i am not involved in any sort of riba or whatever. that is not in accordance with the syariah teaching.
askum……terima kasih ditas pandangan pandangan dan kajian kajian yang dibuat seperti tersebut diatas. tetapi aku amat keciwa sangat kenapa pekara ni tak dipantau atau dibanteras apabila mula keluar. kalau tak silap aku ada website pelaburan yag telah berjalan selama 2 atau 3 tahun sebelum ini.
Kenapa sekarang ???? setelah ramai orang orang islam yang tertipu seperti yang didakwa. kenapa majlis fatwa tidak mengkaji dan mengeluarkan fatwa sebelum ini atau masa skim cepat kaya pak man telo atau labu peram dan bermacam macam lagi. benda ni bukan baru malah dari dulu telah timbul tetapi tidak seperti sekarang serba canggih kenapa majlis fatwa hanya membisu baru sekarang mengeluarkan fatwa….
Mungkin nak tunggu lebih ramai orang islam yang terjerumus agaknya. dan kerajaan nak tunggu lebih ramai orang islam jadi papa baru nak bertindak……jadi nak salahkan siapa. rumah dah siap baru pahat nak berbunyi…..gitu. aku pecaya kalau kerajaan bertindak bila mula mula website tu keluar tak ramai yang terjebak.
Pasal kerajaan ni susah nak cakap, yang penting kita jaga diri kita sendiri dan panjang-panjangkan maklumat ini kepada saudara sesama islam.
Realitinya pelaburan ASB tu juga haram hukumnya tapi sampai hari ni kerajaan buat dek ajer. Kasihan sungguh pada orang-orang Islam yang tak tau maklumat ni.
KWSP juga yang mana kita terpaksa ikut melabur, mereka mengaku pelaburan mereka tidak islamik. Kita tak ada pilihan untuk kes KWSP ni. Dipaksa terlibat.
Saya akan dedahkan faktanya nanti. Insyaallah.
Tahniah kepada anda kerana telah mendedahkan maklumat yg sedemikian. bukan sahaja kerajaan, malah majlis fatwa sendiri susah nak buat keputusan ke ats pengharaman ASB, KWSP dan sebagainya krn byk aspek yg mereka mesti lihat. kasihan rakyat Malaysia yg beragama ISLAM.
Jadi kita kenalah mengambil langkah yg drastik dengan mewujudkan perniagaan atau produk2 kita sendiri utk tidak hanya bergantung pada institusi kerajaan semata2. kita HARUS malu kerana duduk di dalam negara sendiri dan bekerja dengan mengharapkan kerajaan sendiri. kita sepatutnya bebaskan mentaliti kita yg selama ini masih dibelengu…cuma sekadar pendapat..